View Cart

Bunga Paha (Biru)

  • SGD $35.00

Bagi masyarakat Melayu, bunga telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya, bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin.

Pengantin baru akan duduk bersebelahan di atas pelamin yang dihiasi cantik semasa bersanding. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Ketika bersanding, jemputan kahwin  akan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai. Jika tiada acara bersanding, maka majlis perkahwinan akan dianggap tidak sempurna. Orang ramai juga tidak sudi memberi wang sumbangan.

Apakah Maksud Bunga Telur?

Bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Mengikut kepercayaan orang Melayu, telur yang terdapat dalam bunga melambangkan kesuburan. Pemberian bunga telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai mengumpul doa orang ramai agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Zuriat merupakan kurniaan tuhan dan sesebuah keluarga hanya dianggap bahagia dan sempurna dengan adanya zuriat.

Bagaimana Bunga Telur Disediakan?

Telur yang digunakan dalam bunga telur ialah telur ayam yang direbus. Penyediaan telur hanya boleh dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini disebabkan telur yang direbus tidak boleh tahan lama. Proses merebus telur juga memerlukan pengalaman. Banyak telur akan pecah semasa direbus. Ini merupakan satu tugas yang menguji kemahiran dan kesabaran.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good